Selasa, 7 Oktober 2008

Doa luhur di pagi Syawal 1429 Hijrah!!!

Ini adalah secebis kisah yang ingin dikongsi dari permata hatiku si genit Nuur Aiman ketika kami menunaikan solat sunat hariraya di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.
Tatkala kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat hariraya menuju ke kampung suamiku di pekan kecil Kati,untuk menziarahi pusara ayah dan ibu mertuaku dan menziarahi suadaramara di sana,tiba-tiba NuurAiman ku bertanya tentang apakah yang dipohon ketika berdoa sewaktu menunaikan solat hariraya tadi .


"Emak nak tau apa yang adik doa? soalnya".
" Apa yang adik minta? Tanyaku kepadanya"

" Emak nak tau..pertamanya adik minta Allah jadikan adik anak yang baik,jadi budak pandai ..minta dimurahkan rezeki dan satu lagi..adik minta Allah jadikan adik pari-pari supaya adik boleh tolong orang.."
"Apa?..jadi pari-pari !. Aduh... terkejut kami sekeluarga!!!!

Ha..itulah kalau banyak sangat pengaruh tv..bila siaran drama tv tidak dikawal dan sewenang-wenang nya ditayang oleh pihak media..kesannya bebudak dibawah usia 10 tahun masih tak dapat berfikir yang mana betul atau di alam fantasi
.Begitu jugalah dengan si Nuur Aiman ku..ketika ini baru berusia 8 tahun,walaupun di sekolah ,dia merupakan murid yang cemerlang..rupa-rupanya dia masih beranggapan yang pari-pari tu betul ujud untuk membantu dikala dalam kesulitan.


Inilah dia Si kecil ku Nuur Aiman ketika menunaikan solat hariraya di Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar.




Entah bila agaknya dia ber posing ..ala-ala pari-pari gitu ..gambar diambil oleh si kakak tanpa pengetahuanku!!

:snow29::snow28:

2 ulasan:

Tirana berkata...

Salam cikgu Mala..

Siaran TV sekarang ni banyak yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak especially kanak-kanak sekolah rendah yang belum mengerti. Ibubapa kena luangkan sedikit masa untuk menonton bersama anak-anak kemudian beri penerangan tentang apa yang ditonton. Kawalan juga perlu dibuat. Jangan biarkan mereka menonton menurut kehendak mereka.

uNa !! berkata...

Terimakasih Tirana..memang betul tu!!