Khamis, 31 Disember 2009

Sukarkah mengucapkan Terima Kasih...!!!

Dalam kita melayari detik demi detik yang berlalu disepanjang kehidupan,kadang-kala kita memandang remah perkara ini. Ucapan terima kasih.
Sukarkah untuk diucapkan..atau pun hanya sekadar diucap bila terdesak..atau sekadar mengambil hati.

Mampukah kita menyampaikan ucapan terima kasih seikhlas hati..dengan rasa penuh kesyukuran dan kasih sayang?

Untuk insan-insan di bawah...daku dengan penuh rasa rendah hati..ingin menyampaikan rasa penghargaan yang teramat sangat pada kalian semua..hanya ini yang mampu bonda ucapkan...


1.Buat si bongsu ku (Nuur Aiman );
Terima kasih di atas jasa adik pada bonda...sepanjang bonda dihimpit masalah..adik sentiasa membantu tanpa sedikit pun keluhan.Bila bonda di IPG..adik mengambil alih semua urusan bonda dalam mengurus rumahtangga.Waktu bonda pulang..adik telah siap memasak hidangan walaupun usia adik terlalu muda..adik tau...,bonda tentu keletihan dan kelaparan juga.
Terlalu banyak jasa dan pengorbanan dari adik..memang adik anak yang baik.Satu anugerah Allah yang terbaik untuk bonda!!.Terima kasih adik,terima kasih..sayangku!!

2.Buat si dara ku Una;
Terimakasih atas perhatian dan penjagaan Una selama ini.Pengorbanan Una terlalu besar pada bonda.Tika bonda terlantar di hospital,Una setia disisi tanpa rungutan.Tika kawan sibuk study,Una merelakan diri meninggalkan kelas demi menjaga bonda.Bonda sangat berbangga dengan Una.Terima kasih anakku.Jasa mu..pada bonda tak terhingga rasanya.Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya atas segala pengorbanan yang telah Una berikan pada bonda selama ini.

3.Nadia dan Fizi;
Terimakasih kerana menjadi anak yang baik dan sentiasa mendengar kata.Kalian berdua sentiasa menjadi pembakar semangat di dalam hidup bonda.SemogaAllah sentiasa merahmati kehidupan kalian berdua.

4.Buat suami tersayang
.Terimakasih kerana sentiasa setia berkorban untuk kami.Terimakasih atas segala kasih sayang .Terimakasih atas segala perhatian tika saat susah dan senang dan tika saat sedih dan gembira.Terimakasih atas segalanya!!!

Rabu, 30 Disember 2009

Menjalani Program Amali Pendidikan Luar di Kem Raudhah,P.Pangkor

Alhamdulillah....setelah beberapa bulan daku berjuang dengan kesakitan dan penderitaan akibat serangan strok kesan kemalangan baru-baru ini,rasa macam tak percaya bila dapat menjalani kelas kdc,exam dan baru kembali dari program amali pendidikan luar.
Semuanya dengan kuasa ALLAH...SYUKUR...kesihatanku hampir pulih 100% walaupun tuturkata dan percakapan masih ada yang terganggu.
Menjalani amali pendidikan luar di Kem Raudhan,Pangkor sangat menguji kekuatan fizikal dan tahap kesihatan..aktiviti absailing dapat ku lakukan sebanyak dua kali dengan perasaan yang sangat teruja...seronok..walaupun sewaktu mendaki turun dari bukit yang tinggi,perasaan gayat dan nyeri mula dirasai.Tunjukajar dan dorongan semangat oleh Pensyarah PJ,Encik Othman dan anaknda Fisilitator Ahmad Nazwan,menjadikan aku sebagai peserta pertama kumpulan meranti yang memberanikan diri menuruni bukit batu menjejak ke bumi dan membuat pendakian kedua sebelum aktiviti berakhir.Alhamdulillah.....kepuasan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata....apatah lagi sebelum ini hendak melangkah kaki ke kelas pun penuh dengan kesakitan akibat strok.Aktiviti lain seperti snorkling,explorace..memang menyeronokkan..apatah lagi setelah mengalami kesakitan selama ini...yang penting kekuatan semangat dapat mengatasi segala-galanya!!!
Tahun 2009 akan ditinggalkan bersama kenangan..kepedihan,kesakitan dan kegembiraan.Semoga 2010 akan menyinarkan cahaya kejayaan dan kekuatan sepanjang tahun untuk ku bangun kembali dari kekurangan sebelum ini.SemogaALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU.AMIN.......

Isnin, 13 Julai 2009

MENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG LEMBAB

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di negara ini telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak berbanding masa masa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkurangan . Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka . Mereka sangat khuatir jika pemikiran anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima tahun (pra sekolah ) didapati lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat fizikal yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatian mereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentang anak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapat cukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepadaa dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang bayi dan kanak -kanak . Mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadap kanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini, pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastilkan sama ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih belumpandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti . Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

Ahad, 12 Julai 2009

Petikan dari Ceramah Motivasi Ustaz Amin buat renungan semua....

Man


uManusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.


Motivasi Iman- Jangan mengeluh

Apabila kita kehilangan sesuatu, sesungguhnya masih banyak lagi yang ada pada kita. Jika kita sedihkan sesuatu, masih banyak lagi perkara yang boleh kita gembirakan. Jika kita dihimpit sesuatu, masih banyak lagi ruang yang boleh kita gunakan. Cuma apabila kita menumpukan kepada kekurangan, kita akan nampak kekurangan itu besar.

Jika kita melihat jerawat pada muka kita, dan kita merasakan bahawa jerawat itu menyebabkan muka kita hodoh, nanti kita tidak akan melihat anggota wajah yang lai,n seolah-olah muka kita adalah jerawat. Kita lupa kita ada mata, kita ada hidung, kita ada telinga, rambut dan lain-lain.

Jika kita dihimpit hutang, dan merasakan hutang itu penghujung hidup kita, maka kita tidak akan dikurniakan jalan untuk keluar dari hutang itu kerana kita menumpukan semata-mata pada masalah dan tidak berfikir untuk mencari jalan keluar. Oleh yang demikian jangan bazirkan masa untuk berfikir yang telah lalu, bersangka yang baik dan cari jalan yang baik dan kita akan mendapat jalan keluar.

Dari Abu Hurairah dari Rasullulalah S.A.W bahawa Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, aku berserta sangkaan hambaku denganku, jika dia bersangka baik maka dia mendapatnya, jika dia bersangka buru maka dia akan mendapatnya


Motivasi Iman 4 - ubat hati (kesedihan)

Hari ini kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"

Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.

Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?. Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.

Kisah satu

Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang

Kisah dua

Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sana. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.

Kisah tiga

Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.

Kisah empat

Seorang kakak bertemu dengan saya kerana masalah rumah tangganya. Saya menyuruh dia membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini. Dia membaca dan mengamalkannya. Akhirnya, dia dapat menghadapai krisis rumah tangganya dengan tenang dari sebelumnya.

Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,

Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.


Motivasi Iman - Jangan Sombong

Ramai orang yang sombong dengan pangkat, kekayaan, glamour, kelebihan, harta dan sebagainya.

Ingatlah, Barangsiapa yang membuat amalan dengan sombong, Allah akan membuka keaiban dan kekurangan dari amalan tersebut (maksud Hadith Muslim)

Hari ini, kita dipuji oleh orang lain, kita disanjung oleh orang lain, kita di puja oleh orang lain bukan kerana kehebatan kita, Kita dipuji oleh orang lain kerana Allah menutup keaiban kita. Jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.

oleh itu, jangan sombong dengan apa yang kita ada. Tawadhuklah, kerana orang yang tawadhuk kerana Allah akan diangkat darjatnya di mata manusia (maksud hadith at-Tarmizi)


Motivasi Iman - Ubat hati

Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...

Petikan dari Ceramah Motivasi Ustaz Amin buat renungan semua....


Kenapa Hati Tidak Tenang

Petikan Dari Ceramah Motivasi Ustaz Amin.....



Saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, Ustaz ada nasihat tak?"

Ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. Semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang.

Ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang.

Sebab Pertama

Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.

Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.

Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.

Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.

Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.

Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.

Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.

Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.

Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.

Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.

Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.

Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.

Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.

Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.

Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.

Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.

Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.

Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.

Khamis, 26 Februari 2009

Dedikasi untuk ayah dan ibuku....

Membaca dan mengambil entry Datuk Dr.Fadlilah Kamsah..tiba-tiba hatiku rasa tersangat rindu pada kedua-dua ayah dan ibuku...Alfatihah untuk Ayahnda..Allahyarham Haji Md Desa B.Kassim dan ibundaku Hajjah Zainab Hj Masjuni..semoga dirahmati Allah sentiasa...

Lagu dari Allahyarham Sudirman

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

TIPS DARI DATUK DR.FADZILAH KAMSAH UNTUK DIKONGSI BERSAMA......

bu mithali, isteri sejati


Oleh:Â Dr. Fadzilah Kamsah

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?

chelseaflower.jpg

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-

  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :

  1. Analisis diri daripada pandangan anak
  2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  3. Bercakap benar
  4. Kotakan kata-kata
  5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
  6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
  7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  10. Melatih anak berfikir
  11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :

  1. Pendidik keluarga
  2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  3. Penasihat
  4. Doktor dan jururawat
  5. Mendisiplinkan anak-anak
  6. Kawan atau sahabat
  7. Penyelesai masalah
  8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
  9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  10. Model pada anak-anak
  11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  12. Mengawal ekonomi rumah tangga
  13. Menjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-

  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
  5. Mendidik anak berdikari
  6. Mempunyai nilai diri tinggi
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
  8. Bertindak secara jamaah
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi ibu mithali, isteri sejati.

Bagaimana Anak Prasekolah Membina Sikap


Anak Prasekolah belajar untuk mendapatkan pengetahuan tentang diri mereka sendiri dan dunia di sekitar mereka

1. Belajar dengan Meniru

Seorang anak prasekolah adalah seperti sehelai kertas tisu, yang menyerap setiap titik informasi yang ditemuinya, dan kemampuan untuk mengikuti contoh sangat mengagumkan. Anak prasekolah belajar banyak dari prilaku mereka dengan mengamati dan meniru orang-orang disekitar mereka. Anak prasekolah belajar cara berprilaku dan berinteraksi dengan orang lain dengan mencontoh orang-orang disekitarnya. Mereka juga mempelajari sikap, nilai, pembentukan pribadi dan beberapa kebiasaan dengan mengikuti contoh yang mereka lihat.

Ibubapa memainkan peranan secara langsung dalam proses pembelajaran anak, kerana orang tua adalah guru pertama bagi anak Jadi fikirkan setiap prilaku Kita secara hati-hati. Apa yang Kita katakan dan lakukan di depan Anak akan membentukf ikirannya. Kita menyukai nya atau tidak, kita adalah contoh terpenting baginya, jadilah teladan yang baik untuk anak.

Selain Ibubapa, Guru,rakan sebaya dan TV sangat memberikan pengaruh yang kuat pada anak. Oleh karena itu pilihlah persekitaran, tontonan yang baik untuk anak.

2. Belajar melalui eksperimen

Cara lain bagi anak prasekolah untuk belajar adalah dengan mengalami hal-hal yang ada disekitar mereka. Anak prasekolah mengeksplorasi setiap hal yang dapat mereka sentuh, lihat, dengan cium, rasakan dan lakukan. Mereka bereksperimen sementara mereka bereksplorasi. kehidupan anak sekolah dipenuhi dengan uji kaji dan “bagaimana jika”. “Apa yang terjadi jika saya lakukan ini ?” Apa yang terjadi jika saya mengatakan “Kamu bodoh ” ?

Banyak prilaku anak prasekolah adalah hasil dari keperluan alamiah mereka untuk menguji batas-batas dan mempelajari cara kerja dunia di sekitar mereka secara spesifik, bagaimana Anda akan bereaksi. Reaksi Anda pada anak prasekolah akan menjadi pelajaran dan akan membentuk kepribadian dan sikap mereka dan ini bersifat kekal. Ajarkan anak Anda tentang prilaku yang bernilai dengan mendorongnya dan apa yang tidak bernilai dengan sikap tidak menyerah.

3. Belajar melalui Integrasi

Sementara otak seorang anak prasekolah berkembang, terbentuklah sambungan-sambungan baru di dalam otaknya yang di dapati melalui proses belajar dan pengalaman. Anak prasekolah menggabungkan apa yang sudah mereka dapati dengan mengikuti contoh yang mereka pelajari menerusi eksperimen dan eksplorasi untuk membentuk informasi baru, akhirnya mereka mulai berfikir untuk diri mereka sendiri.

Pada usia sekitar 3 tahun, anak-anak mulai menggunakan apa yang sudah dipelajari untuk membuat genelarisasi. Tingkat pemahaman yang baru ini lalu dialihkan dan dimanfaatkan dalam situasi baru dan digunakan untuk memecahkan masalah baru.

Mulailah memantau apa yang dipelajari anak Anda dan bagaimana mereka berprilaku. Perhatikan apa yang mereka lakukan dan dengarkan apa yang mereka katakan. Bimbing mereka menjalani proses penemuan ini. Tunjukkan hal-hal yang mereka lakukan dengan baik untuk mendorong dan memberikan kesan balik yang positif, beritahukan mereka jika mereka sudah di jalan yang benar.Berikan dorongan ketika proses mempelajari sesuatu yang baru atau persiapkan anak Anda untuk situasi yang sulit dengan mengulang pengalaman positif yang dicapai sebelum ini.

4. Fantasi dan Khayalan

Orang dewasa menggunakan fantasi sebagai cara untuk melarikan diri dari dunia nyata, sementara anak pra sekolah menggunakan fantasi sebagai cara untuk memahami dunia nyata. Anak prasekolah menggunakan fantasi dan bermain pura-pura untuk membentuk dan menghubungkan diri dengan realiti dimana mereka akan menjadi sebahagian darinya. Kita menyebutnya “khayalan” . Mereka berpura-pura menjadi ibu, ayah, nenek, guru dan doktor karana mereka adalah orang-orang dewasa yang mereka kenal dan mereka ingin seperti mereka. Berpura-pura menjadi orang dewasa memberikan perasaan akan kemampuan dan kekuasaan dalam diri anak pra sekolah; mereka merasa sudah dewasa.

5. Belajar Melalui Cerita

Anak prasekolah dapat belajar banyak dengan mendengarkan cerita yang sebenarnya maupun fantasi .Membaca untuk anak adalah kegiatan yang berharga yang menciptakan ikatan dan memberikan saat-saat manis di antara Anda berdua, sambil juga mengembangkan minat baca yang akan berlangsung seumur hidup. Ketika Anda membacakan cerita untuk anak, Anda mendorong ketrampilan kognitif dan bahasa. Buku memperluas dunia anak dengan memberikan informasi dan pemahaman tentang hal-hal yang belum pernah dialaminya secara langsung.

Denga membaca cerita tentang anak-anak lain yang memiliki situasi serupa, Anda membantu anak menyelami fikiran dan perasaannya. Ketika menggunakan cerita untuk mengajar , anak dapat belajar bagaimanamembuat keputusan dari melakukan pilihan yang baik dan pilihan yang buruk. Membaca untuk anak dapat membantu Anda mengajarkan bagaimana berprilaku.

Sabtu, 3 Januari 2009

PERSONALITI IBU BAPA YANG CEMERLANG



Mempunyai matlamat yang jelas Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia kana menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.

Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : "Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Pepatah Melayu juga pernah menyebut :
"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul".

Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan

Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".

Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga
Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan

Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan
Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga

Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku

Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman

Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.

Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu


TANGGUNGJAWAB BERUMAH TANGGA
Rumah tangga yang harmoni dan sejahtera memerlukan satu rasa tanggungjawab yang begitu berat yang harus dipikul oleh kedua-dua ibu bapa. Ia memerlukan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan jayanya
Tanggungjawab Ibu Bapa dalam rumah tangga
1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya.

2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.

3. berdoa dan mengikut adab semasa 'berjimak' supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada kehendak agama.

4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan.

5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka tidak dihina dan dicela apabila besar kelak.

6. mengakikahkan anak.

7. menyusui anak sendiri.

8. mengkhatankan anak.

9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.

10. menepati segala janji dengan anak-anak.

11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak.

12. menepati segala janji dengan anak-anak.

13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri.

14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan.

15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T., Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda.

16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya.

17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak.

18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.

19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik.

20. mengajar anak membaca al-Quran, berzikir dan cintakan ilmu.

21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.

22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar.

23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.

24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental.

25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.

26. menghiburkan keluarga.

27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

28. membimbing anak-anak bertakwa.

29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.

30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.

31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat.

32. mendidik anak tentang etika sosial.

33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya.

34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.

35. mendidik anak sayangkan binatang dan makhluk Allah S.W.T. yang lainnya.

36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.

37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.

38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.

39. sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.

Doa Ibu untuk kesejahteraan anak dalam kandungan
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."


RUMUSAN
1. Ibu bapa yang berkesan memerlukan personaliti yang profesional dan praktikal untuk dicontohi oleh anak-anak.

2. Nilai diri yang positif akan membawa kepada keyakinan diri yang mantap, penghormatan daripada orang lain dan membentuk persekitaran yang kondusif. memahami dan memberi ganjaran kepada anak-anak secara psikologikal dan material akan memperkukuhkan institusi rumah tangga

Sekadar buat renungan 2

Begini Tetapi Begitu ........!!!

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?


2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka.
Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?


3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?


4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah,
sembahyang,hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.


5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.


6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.


7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )


8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2,
kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.


10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan, memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng
dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

__ | / / __
( ' o - - o ' )
--------------ooO----(__)----Ooo------------------
Sesungguhnya manusia diciptakan bersikap gelisah.Apabila bahaya menyinggungnya dia keluh kesah.Apabila mendapat kebaikan amatlah kikirnya kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang yakni
mereka yang tetap dalam sembahyang.

Sekadar untuk renungan...

1) Kita sebenarnya.....Lebih gembira menyambut 1hb Januari drp 1
Muharram.
2) Kita sebenarnya.....Lebih tahu apa itu 14hb Februari drp 12
Rabiulawal.
3) Kita sebenarnya.....Lebih membesarkan hari Sabtu,Ahad drp hari
Jummat.
4) Kita sebenarnya....Lebih Khusyuk mendengar lagu drp mendengar Azan.
5) Kita sebenarnya....Lebih suka lepak,tidur,tengok TV drp Sembahyang.
6) Kita sebenarnya....Lebih tahu tentang artis pujaan kita drp nama
nabi-nabi kita.
7) Kita sebenarnya....Lebih suka menyebut Hello!..Hai! drp
Assalamualaikum.
8) Kita sebenarnya....Lebih suka menyanyi drp berwirid,bertahmid.
9) Kita sebenarnya....Lebih suka memuji manusia drp Tuhan kita sendiri.
10) Kita sebenarnya...Lebih suka membaca majalah hiburan drp buku-buku
agama.
11) Kita sebenarnya...Lebih suka ke konsert,karaoke drp ceramah agama.
12) Kita sebenarnya...Lebih suka memaki,mengumpat orang drp mengingati
kebaikan orang.
13) Kita sebenarnya...Lebih suka mencarut apabila kita melatah drp
menyebut nama Allah.
14) Kita sebenarnya...Lebih suka kemungkaran drp berbuat kebaikkan.
15) Kita sebenarnya...Lebih bangga dengan kejahilan kita drp bersyukur
dgn keimanan kita.
16) Kita sebenarnya...Lebih suka bersekokong dgn pemeritah yang
melakukan kezaliman drp pemeritah yang baik.
17) Kita sebenarnya...Lebih cintakan Duniawi drp urusan Akhirat.

TETAPI BILA ORANG TANYA ARAH TUJUAN KITA,KITA PASTI AKAN MENJAWAB.........
KITA SEBENARNYA......LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DRP KE NERAKA.
LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH S.W.T..?????.
SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN KERANA...... "YANG ELOK ADALAH DARI ALLAH
S.W.T. DAN TAK ELOK ADALAH HASIL DARI PERBUATAN SAYA SENDIRI".
Allahua'lam.