Mabuk demam peperiksaan ada baiknya untuk kamu . Ia akan mendorong ke arah kewaspadaan dan kerja kuat bagi menghadapi hari peperiksaan . Bersiap sedia . Ghairah dan tekun
Demam peperiksaan , tidak perlu diubati . Kecuali jika membawa kepada gejala sakit kepala , tekanan dan gelisah yang keterlaluan , sehingga menjejaskan diri
. Ubatnya ialah tidur sekejap , menarik nafas panjang , berjalan-jalan , minum air , mandi , membaca Al-Quran , bercakap dengan ibu bapa dan mengingati sesuatu yang indah yang pernah kamu alami . Dan lain-lain .
Sebaiknya , biarlah demam peperiksaan menghangatkan semangat juang kamu dan menguatkan azam untuk berjaya dengan baik.
. Untuk diri sendiri , ibu bapa , keluarga , baik guru dan sekolah .
Katakanlah "Aku datang . Aku tidak takut . Aku berhak untuk mencuba . Aku belajar dengan penuh insaf dan sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya . Aku tidak akan menyerah kalah , malah aku yakin bahawa kejayaan adalah milikku".
Ringkasnya , demam peperiksaan amat baik untuk semua . Ia menyedarkan yang lalai . Ia mendorong ke arah kerja kuat dan bersiap sedia .
1 ulasan:
Salam.. Cikgu Mala,
Demam... memang demam tengah melanda sekarang nie..., macam2 demam ade dan demam yang paling hot la nie ialah demam raya.. hehehe...slamat hari raya....
Cikgu Mala,
Nak minta pertolongan sedikit.. bole? Macamne nak tukar atau nak dapatkan layout lain untk blog ini... spt blog cikgu ada kumbang yang bergerak tu... harap dapat dikongsi ilmu itu... harap maklum..
Catat Ulasan