Lagu kanak-kanak klasik asas pembentukan sahsiah
ARWAH ibu gemar memdodoi anak-anaknya dengan zikir dan menyanyikan lagu kanak-kanak klasik Melayu yang penuh dengan mesej dan aksi. Kini, saya turut melakukan perkara sama kepada anak-anak mengikut tahap perkembangan mereka. Guru dan pengasuh yang bekerja di taska, pusat jagaan dan tadika saya juga diminta menggunakan cara sama kepada kanak-kanak dalam jagaan mereka.
Arwah ibu kerap menyanyi ‘cak cekur udang gamit, minta cekur bagi kunyit’. Lagu ini dinyanyikan apabila anak sudah boleh membuka dan menutup tangan pada sekitar usia tujuh bulan. Anak diajar untuk membuka dan menutup tangannya mengikut lagu yang dinyanyikan. Ia sebenarnya membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan anak. Kemudian anak dengan sendirinya akan menggayakan tangannya setiap kali lagu ini dinyanyikan. Ia adalah kegiatan yang menggembira dan meningkatkan keyakinan diri mereka.
Apabila pandai menggunakan jari telunjuk sekitar usia sembilan bulan, arwah ibu suka menyanyikan lagu:Tun-tun nukut,Nukut dalam cupak, Mana tikus mondok, Menyorok bawah ketiak.Lagu ini digayakan anak dengan mengetuk-ngetuk satu jari telunjuk ke tapak tangan yang satu lagi. Apabila habis lagu dinyanyikan, ibu akan menggeletek bawah ketiak anak supaya berasa geli dan ketawa. Pada peringkat ini anak juga diajar menepuk tangan dengan lagu Tepuk Amai-Amai.Apabila anak bertatih belajar berjalan lagu berikut dinyanyikan:Tak teh kayu api, Sudah letih jalan lagi. Lagu lain yang dinyanyikan oleh arwah ibu, termasuk Buai Laju-Laju, Rasa Sayang, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat dan Tebang Tebu.
Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun. Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam, taat kepada Allah, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu ini.
Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini, keyakinan diri mereka akan terbentuk. Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan.
Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan.
Saya sangat suka lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak.Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan matematik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar, contohnya, mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.Kegiatan nyaAnak kecil yang aktif menunjukkan bahawa dia akan membesar menjadi anak cergas. Ia seperti sabda Rasulullah saw bermaksud:“Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)Sebagai ibu bapa, kita juga mesti memahami bahawa kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mesti dikikis dan digantikan dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.
Setiap aksi mesti dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Ia adalah antara kegiatan masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka gembira, dihargai dan disayangi.nyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.
************************
Lagu-lagu ini telah dikumpulkan untuk didedikasikan untuk kaum ibu dan bapa. Moga kita tetap mengekalkan warisan lagu kanak-kanak yg telah
| |
Tidurlah Intan Tidurlah Intan Tidurlah sayang Anak emak kecil Kecil emak timang Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh Dah pandai baca kitab Tidurlah Intan Tidurlah sayang Anak emak kecil Kecil emak timang Alahai sayang!
Harapan Anak Itik Tok Wi Anak itik Tok Wi Ubat apa Tok Wi
Bangau Oh Bangau Macam-mana aku tak timpa, Ikan Kekek Pok Amai-Amai Pok amai-amai Burung Kenek-kenek Rasa Sayang
Katak Lompat
Lenggang Kangkung
Burung Kakak Tua Burung kakak tua,
Timang Tinggi-tinggi Timang tinggi-tinggi
Bintang Kecil
Jan Janjala Jan janjala jala itik jala ayam
Cekur Dan Gamit Cekur dan gamit Nota: Sambil menyanyi,
Layang-Layang Ku ambil buluh sebatang
Kucing Dan Tikus
Intan Oh Intan Tok tok noyang Nota: Ibu boleh berlakon
Ram Ram Pisang Ram Ram pisang Rak Rak Rum!! Embut embut nyior
Kawan Ada seorang kawan Kami berkawan baik sama sedarjah
Pergi Ke Ladang Ayam berkokok hari nak siang
Aku Budak Cantik Rumah terbakar panggil bomba
Anak Beruang Bulat kecil bulat kecil Nota: Lagu ini dinyanyikan | Suriram Suriram, suriram ram ram Suriram manisku Aduhai anakku sayang Suriram jantung hatiku Tinggilah tinggi si matahari Suriram Anaklah kerbau mati tertambat Suriram Sudahlah lama ibu mencari, sayang Baru sekarang ibu mendapat Suriram, suriram ram ram Suriram manisku Aduhai anakku sayang Suriram jantung hatiku
O Bulan! Manja
Labah-Labah Satu labah-labah
Lagu Tiga Kupang
Can Mali Can
Enjit-enjit Semut Nota: Ibu boleh gunakan
Tanya Sama Pokok Tanya sama pokok
Bapaku Pulang Dari Kota Bapaku pulang dari kota
Air Pasang Air pasang dalam Pokok bunga melur Cik Baba jatuh dalam parit
Ola Oli Ola oli kuberi nama saudara saudari
Di Malam Yg Sepi Versi Kedua: Di malam yang sepi pi pi
Tun-tun Nukut Tun-tun nukut, Nota: Sambil menyanyi, jari i
Satu-Satu Versi Kedua: Satu satu saya sayang Allah
Nenek Si Bongkok Tiga Nenek nenek si bongkok tiga Cucu cucu tak dapat lari
Kombat Kom apa kombat
Kucing Saya Saya ada kucing Bila saya panggil Saya beri makan Jaga waktu malam
Jong Jong Inai
Lagu Gajah Gajah berkaki empat..gelek gelek Nota: Sambil menyanyi,
Bang Selebu Bang selebu keladi we we
Wau Bulan
Gelang Si Paku Gelang |
5 ulasan:
salam... saya telah link blog ni..
salam
boleh saya dapat kana cara permaiina@video setiap lagu tak
seronok tapi dah lama tinggal
Saya tgh cari lagu yg lirik dia mcm ni"oh suzana jangan nakal lagi,jika dimarah oleh guru menangis sendiri" sape tahu tajuk ape?dulu sering dengar kt kaset
Assalamualaikum....saya tengah mencari lagu yg bunyi dia sama di belakang, contoh nya " sikatak- sikatak...,siketek.- siketek....lebih kurang mcm tu....apa tajuk dia yer...nyanyian tu dalam bahasa indonesia klaux silap saya...
Terima Kasih Cikgu Mala.
60-70% masih saya ingat bait² melodi koleksi ini. Dipanjangkan dari arwah Mak, masih saya amalkan kpd anak² saya dan anak² sedara. Tapi kami warga Perak, ada banyak² penggunaan loghat perak yang melengkapkan rima rangkap, contoh; Mulut Bising - Bingor (hingar-bingar).
Kami juga pelbagaikan rangkap pantun dan sedikit rangkap asal agar menarik minat anak². Amalan terlalu lama buatkan kami lupa lirik asalnya. TQ Cikgu kembalikan ingatan saya.
Catat Ulasan