Sabtu, 8 Januari 2011

MENENGANI ANAK-ANAK YANG DEGIL

SABAR..SABAR..SABAR

Senang cakap, tapi, tak senang buat.. :)

Kalau anak dah nakal sangat, ibu mana boleh sabar??

Dah lebih 20 kali saya ajar dia membaca, tapi masih tak ingat-ingat lagi..Siapa boleh sabar??

Bila saya cakap, ada saje jawapannya..Macam mana saya nak sabar?

Begitulah keluhan segelintir ibubapa apabila mengadu tentang masalah anak-anak. Kerenah anak-anak yang bermacam-macam ragam adakalanya memang menguji tahap kesabaran. Saya yakin, semua orang yang bergelar ibubapa, “faham benar” tentang situasi ini.

Kadang-kadang kita rasa,

Apabila kita mula meninggikan suara kepada anak kita, dia akan ikut cakap kita.

Apabila kita mula guna rotan dan suara yang keras, baru anak kita akan bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.

Tapi, sedarkah kita..

Apabila kita menjerit, menengking, membebel, memaki, mem-perli dan menggunakan kekerasan kepada anak kita,

kesan jangka pendek; dia mungkin akan ikut cakap kita.

Tetapi, untuk kesan jangka panjang; dia akan hilang rasa hormat pada kita, dia akan mula bercakap kepada kita dengan cara yang kasar, dia akan menjauhkan diri daripada kita (kerana takut dimarahi atau rasa diri tidak disayangi) dan kemuncaknya..dibimbangi, dia akan membenci kita seumur hidupnya (nau’zubillahiminzaalik)

Sahabat-sahabatku yang mulia,

Sabar tidak beerti kita diam membatu melihat anak kita melakukan kesalahan. Sabar adalah satu sifat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada orang-orang beriman supaya mereka boleh menahan gelojak perasaaan daripada marah, atau mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain.

InsyaAllah, apabila kita ada sifat sabar, Allah swt akan berikan ilham kepada kita bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan penuh hikmah.

Atas maksud itu, marilah sama-sama kita lupakan kemarahan kepada anak-anak kita. Gantikan kemarahan itu dengan KESABARAN. Sesungguhnya Allah swt bersama-sama dengan orang yang sabar. Dan Allah swt telah janji dalam surah Al-Asr bahawa orang yang tidak rugi (yakni orang yang beruntung) ialah orang yang berpesan-pesan dengan KESABARAN.

Mari renungkan janji-janji Allah swt untuk orang yang bersabar dan menahan marahnya. Semoga ia dapat meningkatkan keghairahan kita untuk menjadi ibubapa yang SABAR :)

Fadhilat Sabar

Dari Aisyah r.aha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang berlaku lemah lembut kepada ahli keluarganya, kelembutan itu akan memberi manfaat kepada ahli keluarganya. (Sebaliknya) Barangsiapa yang tidak berlemah lembut dengan ahli keluarganya, mudharat dan keburukan akan sampai kepadanya. (HR Baihaqi)

Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: ” Tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.(HR Ahmad)

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya, sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak, Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai. (HR Abu Daud)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa menutup mulutnya, Allah akan menutup keburukannya, dan barangsiapa menelan kemarahannya, maka Allah akan menghindarkan dirinya dari azab. Dan barangsiapa menyesali daripada dosa-dosanya dan memohon ampun kepada Allah, maka Allaha kan menerima pengampunannya.” ( HR Baihaki)

Waaah…banyaknya kelebihan sabar ya . Bestnya kalau dapat jadi ibubapa yang sabar :) Tapi, macam mana nak jadi orang yang sabar ye? dan macam mana nak pula nak hilangkan “sifat hangin” yang kadang-kadang datang tanpa kawalan?

1 ulasan:

mama hani berkata...

kena banyak bersabar melayan anak kecil ni....