Ahad, 24 Ogos 2008

Impian Menggapai Bintang

Merakamkan kenangan di Seminar Intelektual dan Glokal bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor Al-Masrie anjuran Gabungan Anak-anak Pulau Pinang (GAPP) USM pada 24 hb Ogos 2008 bertempat di Dewan Syed Putra USM.

:haha:

Mengenali Datuk Dr Sheikh Muszaphar sebagai seorang yang merendah diri,penuh azam,kuat semangat dan mental yang berpadu serta kegigihan iltizam yang tinggi menjadi pendorong dan idola kepada ku untuk terus mengapai kejayaan.Tiada yang mustahil dalam mencapai impian jika ada kekuatan dan keyakinan diri!!!!

:flirty:












Di sini disertakan Gurindam yang ditujukan Khas
buat semua dan hayatilah untuk renungan:

:blushing:

Gurindam Melayu

Jangan malu jadi Melayu
Kita mampu mencapai mercu

Orang Melayu orang berilmu
Al-Quran hadis jadi pemandu

Orang Melayu hebat selalu
Menjunjung agama adap berpadu

Orang Melayu menjunjung ilmu
Rantaian sejarah masa nan lalu

Pelbagai bahasa wira nan satu
Hang Tuah perkasa di zaman dahulu

Orang Melayu menuntut ilmu
Biar susah tetap diseru

Jangan aibkan sesama Melayu
Nanti tergadai akan negerimu

Hebat langkah strategi Melayu
Pertahan negara dari seteru

Lembut langkah tangkas maju
Tidak kalah segala diaju

Orang Melayu jika bersatu
Seantero dunia kita berpadu

Pelaut pedagang kita dahulu
Menjelajah samudera tak kira waktu

Kita Melayu ingat selalu
Jaga adab jaga pekertimu

Kita Melayu jangalah layu
Dilalai hiburan dibuai lagu

Pertahan pusaka jatidirimu
Jangan menyerah mengalah selalu

Bangunkan bangsa mantapkan ilmu
Berjuang di medan yakin selalu

Orang Melayu hebatnya tentu
Sayang kita perlekeh selalu

Orang Melayu kembali olehmu
Semangat wira semat di dadamu

Tidak kan hilang orang Melayu
Kata tinggalan perwira dahulu

Tidak kan hilang orang Melayu
Jika kamu beringat selalu

Tidak kan hilang orang Melayu
Jika kamu hebat berilmu

Contohi angkasawan anak Melayu
Kuat semangat mental berpadu

Angkasawan Melayu martabat bangsamu
Dengan gigih iltizam nan satu

Angkasawan Melayu contohi olehmu
Menerjah awan terbilang bangsamu





Sabtu, 23 Ogos 2008

Memori di IPTB

Pada hari khamis ; 21hb ogos 2008 bertempat IPTB telah diadakan Program ramah mesra bersama Menteri Pendidikan .
Mula - mula saya rasa sangat excited untuk berjumpa dengannya. :happy:

Beliau seorang yang mesra dan peramah . Sanggup meluangkan masa mendengar permasaalahan tentang warga pendidik terutama bagi kami guru prasekolah. :nangis:

Dibawah ini sempat saya rakamkan memori bersama beliau .

TERIMA KASIH DATO' !



Merakamkan gambar bersama Dato'



Antara yang tersurat :happy:



siti aminah , saya , noor azlina & dato' hishamudin



kumpulan guru - guru KDC



sahabat sejati :pusing2:

sekian saja buat masa ini .

Jangan marah !
hehehe

Jumaat, 20 Jun 2008

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.


CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai
protein yang tinggi.



14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w. "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.”

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.


Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi

Apa kaitan EQ dengan pengurusan, kepimpinan dan pendidikan? Bagaimana EQ dapat memantapkan kreativiti dan kemahiran berkomunikasi anda?


EQ (Intelligent Quotient) atau kecerdasan emosi adalah sub ilmu yang terdapat dalam bidang psikologi. Setiap orang yang ingin berjaya memerlukan keseimbangan antara EQ dan IQ (Intelligent Quotient). Setiap ketika kita sentiasa ‘berurusan’ dengan emosi sama ada emosi sendiri ataupun emosi orang lain. Andainya kita seorang guru kita perlu faham perasaan pelajar, guru-guru lain dan kakitangan sekolah. Apabila tahap EQ seorang guru rendah pasti dia selalu berkonflik dengan pelajar ataupun sesiapa sahaja yang berhubung dengannya. Begitu juga setiap insan lain sama ada doktor, pemandu bas, pekerja restoran, pelajar ataupun suri rumah, semuanya perlu memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. EQ yang tinggi memudahkan urusan harian kita dan hubungan sesama manusia sentiasa baik.

Antara yang disentuh di dalam ini adalah kecerdasan emosi dalam Islam. Islam mementingkan kemaslahatan emosi manusia. Membincangkan kaitan emosi dengan aspek kerohanian, pemikiran dan perkara ghaib. Hal ini juga mengaitkan kecerdasan emosi dengan konsep diri dan jiwa, kesederhanaan Islam dan manifestasinya dalam kehidupan Muslim.
Kita sedang membincangkan aspek kecerdasan emosi dalam pengurusan. Dalam organisasi setiap kakitangannya perlu memiliki EQ yang tinggi. Apatah lagi seorang pengurus. Ini kerana beliau perlu sentiasa berurusan dengan kakitangan bawahannya ataupun berurusan dengan pihak luar bagi mendapatkan projek-projek besar untuk syarikatnya. Hampir keseluruhan skop tugas pengurus memerlukan kemahiran sosial dan kecekapan emosi yang tinggi Apabila pengurus tidak mendominasi EQ dalam pengurusan menyebabkan berlakunya konflik, tidak percaya sesama sendiri, pecah amanah, rasuah dan lain-lain lagi.

EQ dalam kepimpinan juga perlu dikupas dengan mendalam . Pemimpin memerlukan tahap kecerdasan emosi yang tinggi bagi melaksanakan peranan atau fungsi kerja dengan jayanya di samping memiliki pengetahuan dan kemahiran kepemimpinan. Apabila kita mempunyai kemahiran sosial yang tinggi ia dapat membantu kita mempengaruhi orang lain, memimpin kumpulan dan senang hendak mengubah organisasi ke arah yang positif.

Goleman (1996) membuat kajian ke atas kanak-kanak, remaja dan dewasa mendapati individu yang mempunyai EQ tinggi mencapai prestasi kepimpinan yang lebih tinggi daripada sudut kecekapan sosial, keberkesanan peribadi, dapat mengawal tekanan, lebih berdikari dan boleh diharapkan dalam kerja mereka. Apa yang menarik menurut pendapat para pemimpin yang berjaya di dunia, kebanyakan mereka mengatakan IQ mereka berada pada tahap sederhana manakala EQ mereka berada di tahap yang tinggi.

EQ juga penting dalam mengurus tekanan supaya hidup menjadi selesa dan harmoni. Tekanan yang diurus dengan baik menyihatkan tubuh badan kita.

Apa pula pandangan ber kaitan antara kecerdasan emosi dengan kreativiti? Bagi saya semua manusia kreatif. Tetapi setiap orang perlu memupuk dan membaja bakat kreatif dengan cara yang betul. Dalam hal ini seni berfikir kreatif dan kepintaran emosi adalah dua konsep yang saling bergantung. Berfikir secara kreatif memerlukan kecerdasan emosi yang tinggi kerana kreativiti adalah dimensi pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran konvensional. Kepintaran emosi menggalakkan otak kanan mengeluarkan idea-idea yang luar biasa dan yang terbaik.

Apa pula peranan pendidik dalam isu EQ ini? Sebenarnya pendidik memainkan peranan besar dalam meningkatkan tahap kecerdasan emosi pelajar. kita membincangkan peranan dan tanggungjawab pendidik dalam meningkatkan enam elemen kecerdasan emosi pelajar iaitu kesedaran kendiri, mengendalikan emosi, timbang rasa, berhubung, kerjasama dan menyelesaikan konflik. Para pendidik ataupun pihak yang berurusan dengan pelajar perlu tahu cara yang betul bagaimana hendak berhubung dengan pelajar. Falsafah pendidikan kebangsaan turut menekankan aspek kecerdasan emosi.

Di samping itu kitai turut mengupas aspek kecerdasan emosi yang ada dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mementingkan adab ketimuran dan perasaan. Ini dapat dibuktikan dengan adanya banyak pantun-pantun, peribahasa dan bahasa kiasan yang digunakan bagi melakukan teguran, nasihat. Menasihati dengan cara berpantun lebih lembut bunyinya. Bahasanya lebih halus dan sedap didengar. Antara pantun Melayu yang berbentuk nasihat seperti berikut:

Jangan dibuka pintu lukah,
Jika dibuka ikan meluru;
Jangan suka mencari salah,
Salah kita baiki dahulu.

Peribahasa juga selalu digunakan bertujuan hendak menasihati seseorang. Contoh peribahasa berbentuk nasihat adalah:

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Apabila kita menggunakan bahasa Melayu dengan betul ia dapat mengelak daripada berlakunya konflik semasa berhubung dengan orang lain. Kecerdasan emosi dalam bahasa Melayu membolehkan penuturnya melahirkan perasaannya ataupun pendapatnya tanpa menyinggung perasaan orang lain dan memelihara silaturahim.

Selain itu orang Melayu juga kaya dengan adat. Adat diwujudkan bagi memelihara kesejahteraan orang Melayu khususnya. Kecerdasan emosi dalam budaya Melayu perlu dikaji. Adat Melayu menitik beratkan aspek kesedaran kendiri, mengendalikan emosi, timbang rasa, berhubung, bekerjasama dan menyelesaikan konflik. Orang Melayu yang mengamalkan adat Melayu dengan betul pasti memiliki tahap EQ yang tinggi.