Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: 'Tiada seorang yang melihat wajah ayah dan ibunya dengan rasa kasih melainkan Allah akan mencatat untuknya pahala haji yang mabrur"(Hadis daripada Ibnu Abbas r.a)
Ibu bapa adalah orang yang telah melahirkan dan menyebabkan kita hidup dan dapat melihat matahari dan bumi ini.Ibubapa juga yang membesarkan kita,membela kita,memberi kita makanan,pakaian,pelajaran,rumah tempat perlindungan dan menjaga ketika sakit dan membelai ketika kita berduka.Ibubapa jugalah yang memeluk kita ketika kita ketakutan,kedinginan dan kepayahan.
Maka amat wajar sekali kita menumpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap mereka.
Ibu dan bapa telah mengasuh dan membimbing kita tanpa jemu dari kecil hingga dewasa.Apakah wajar kita biarkan mereka keseorangan,kesunyian dan kerinduan mengharap kasih kita di hari tuanya?
"Ya Allah,ampunilah aku dan kedua-dua ibubapaku,dan kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil."
Khamis, 11 Februari 2010
Menghormati Ibu Bapa
Dicatat oleh Cikgu Mala :) di 4:52 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan