Isnin, 13 Julai 2009

MENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG LEMBAB

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di negara ini telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak berbanding masa masa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkurangan . Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka . Mereka sangat khuatir jika pemikiran anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima tahun (pra sekolah ) didapati lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat fizikal yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatian mereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentang anak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapat cukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepadaa dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang bayi dan kanak -kanak . Mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadap kanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini, pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastilkan sama ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih belumpandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti . Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

1 ulasan:

Cheguman berkata...

Assalamualaikum Cikgu Mala & suami,
Memang betul apa yang Cikgu Mala kongsikan. Perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza. Malah kelewatan seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran tidak boleh dituduh sebagai kelemahan mutlak yang tidak boleh diubah.

Di sinilah bermulanya cabaran dan peluang kepada guru dan ibu bapa untuk meneroka pendekatan serta kaedah 'baru' dalam mendidik kanak-kanak yang berkenaan.

Syabas kepada Cikgu Mala yang mempunyai inisiatif membina blog bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Insya-Allah saya & isteri akan membuka semula laman permatakecil.morhabshi. Kami terpaksa menyimpannya sementara kerana laman www.morhabshi.com sedang dalam proses 'upgrade'.

(PS: saya dapati link ke morhabshi.com yang diletakkan dalam blog ini telah tersilap. Namun saya ucapkan terima kasih kerana meletakkan link tersebut).