Sabtu, 6 September 2008

Memahami Jiwa Kanak-Kanak.




Adakah anda sudah mengenali anak anda sendiri?

Cuba fikirkan dan berkongsi pendapat mengenai topik ini!

Setiap kanak-kanak memiliki keistimewaan yang tersendiri daripada segi watak,minat dan kepintaran masing-masing.Ibubapa ataupun pendidik seharusnya menerima hakikat ini untuk mendapatkan pendekatan asuhan yang tepat.
Akan tetapi masih sering timbul kes-kes di mana ibubapa memaksa anak-anak membuat sesuatu di luar kemampuan anak-anak sehingga anak-anak yang terlibat menghadapi tekanan jiwa.
Sebenarnya terdapat ibubapa yang adakalanya menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap anak-anak tanpa menyedari harapan mereka yang terlalu tinggi boleh mencetuskan pelbagai masalah dalam diri anak-anak tersebut.
Ada juga ibubapa yang suka membanding-bandingkan seorang anak dengan anaknya yang lain ataupun dengan anak-anak saudaramara,jiran dan sebagainya.Sikap sedemikian bukan sahaja menimbulkan perasaan kurang puas hati kepada ibubapa berkenaan tetapi juga boleh menyebabkan anak-anak berasa rendah diri jika mereka tidak setaraf dengan orang lain ataupun kelemahan mereka ditonjolkan dengan cara tidak betul.
Dalam situasi sekarang di mana demam peperiksaan sudah bermula di mana anak-anak kita akan menghadapi UPSR,PMR,SPM,STPM..di manakah kedudukan anda di mata anak-anak.
Walau apapun kedudukan dan pencapaian anak anda ,teruskan beri sokongan dan sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak.KECEMERLANGAN AKADEMIK BUKAN PENENTU SEGALANYA yang penting anak-anak mesti seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Fikir-fikirkanlah!!!.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anak saya yg sulung sgt hiper. Kadang2 hampir tidak dapat di kawal tingkah lakunye. Tapi terus terang cakap dia sorang yg tidak berdendam, jujur dan tidak pernah mengungkit sekiranye didenda. Umurnye 10 thn.

Anak kedua pula sangat bersopan santun tetapi agak pendendam dan mudah terguris sekiranye di denda.Yang ni pula berumur 6 thn.

Itulah perbezaan kedua anak lelaki saya. Saya reda dan bersyukur Allah mengurniakan kedua mereka.