Rabu, 23 Februari 2011

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku mengikut urutan yang sama tanpa mengira bangsa dan jantina. Umumnya, perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun meningkat daripada 1,000 hingga 10,000 patah perkataan. Aktiviti bercerita membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti bercerita.

1 ulasan:

Anak buah berkata...

Cikgu Mala,

Ada rancangan nak datang Sarawak bantu-bantu, untuk Sarawak dan PR?

Inshallah, untuk Cikgu sendiri, akhirnya.