Jumaat, 12 September 2008


Mengasah Kecerdasan Kanak-Kanak
:flirty:

Kecerdasan pemikiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor baka penting. Jika seseorang itu berketurunan dari orang- orang yang berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih dalam jiwanya. Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya. Dia mampu mengatasi faktor- faktor yang menyekat kemajuannya. Umpamanya walaupun keluarga, atau saudaramara yang terdekat tidak ada yang menunjukkan pencapaian yang diidamkannya kerana faktor kemiskinan, tidak mustahil baginya untuk berjaya menjadi seorang cendekiawan atau hartawan yang disegani.

Selain baka, faktor asuhan juga adalah pendorong kepada kecerdasan mental kanak- kanak. Ibu- bapa yang berakhlak mulia, mengasuh anak- anak mereka dengan baik serta memastikan yang segala keperluan anak- anak mereka dipenuhi, anak dididik,ditegur jika berkelakuan sumbang, diawasi supaya tidak terpengaruh dengan anasir anasir negatif

Semuanya ini memberi positif kepada perkembangan anak.

Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakinan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Tertib makan dan minum hendaklah dipupuk agar anak anak tidak menjiwai sikap rakus yang boleh menjejas pula kesihatan zahir dan batinnya. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum

Gejala gejala yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah anak anak perlu dikenalpasti dan dibenteras. Ini boleh datang dari pelbagai sudut dan kadangkala tidak disedari. Saya pernah bertemu seorang kanak kanak berusia 8 tahun yang terlalu asyik dengan cyberpad sehingga tidak patuh langsung kepada arahan ibu bapa malahan berlaku biadab terhadap mereka. Setiap unsur dipersekitaran boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak. Adakalanya pergaulan prlu disekat kerana dirasakan lebih banyak menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik. Jika mereka tidak mudah dipengaruhi oleh rakan- rakan yang nakal, elok juga diperingatkan supaya tidak lalai

Walaupun media massa termasuk televisyen membawa manfaat Pemikiran anak- anak boleh diracuni. Suasana masa kini dengan adanya teknologi maklumat (Information technology atau IT) yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak- anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak sihat. Akibat batin mereka diracun, mereka mudah menjadi mangsa rayuan dan umpan oleh pihak– pihak yang akan membawa.kepada kehancuran pemikiran manusia.

Riadah seperti berenang atau lain- lain jenis sukan addalah baik untuk kesihatan jasmani dan rohani anak- anak dari berfoya- foya atau leka menonton televisyen sehingga berjam- jam lamanya. Anak- anak hendaklah digalakkan supaya suka kepada ilmu. Pupuklah sikap suka membaca dan suka berdamping dengan orang yang berilmu dan berakhlak mulia.

Sikap berdikari boleh dipupuk dari kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuasaian dengan umurnya. Gallakkanlah anak- anak supaya rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mangambil iktibar dari kegagalan. Cara ini akan memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana ia adalah penting bagi anak- anak supaya tidak mudah putus-asa.

0 ulasan: