Jumaat, 12 September 2008


:snow15:BERBELANJA SECARA BERHEMAT !!!


Beli yang perlu sahaja

KINI kita berada di dalam bulan Ramadan dan dalam masa dua minggu saja lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Setentunya masyarakat kita khususnya umat Islam sedang sibuk untuk membeli-belah bagi membeli keperluan-keperluan untuk merayakan hari yang besar itu. Apa yang perlu diingat dalam kita berbelanja untuk memenuhi cita rasa, kita perlu berjimat dan berbelanja menurut kemampuan masing-masing.

Dalam berbelanja kita seharusnya menyediakan barang-barang keperluan yang hendak dibeli dan membeli yang perlu saja. Mana-mana barang yang masih baik dan boleh dipakai kita tidaklah perlu mengganti yang baru.

Sudah menjadi lumrah alam, masyarakat kita apabila saja menjelang Hari Raya Aidilfitri akan berabis membeli-belah. Mereka langsung tidak mempedulikan masa di hadapan. Mereka berbelanja mengikut hawa nafsu. Akhirnya membawa padah, di mana mereka menanggung hutang. Kita tidak mahu perkara sedemikian ini terjadi dalam masyarakat kita.

Masyarakat kit ni dalam persiapan Hari Raya akan membeli apa saja sedangkan yang sedia ada masih boleh dipakai dan digunakan. Namun disebabkan ingin 'bergaya' dan menunjuk-nunjuk, mereka mengganti kerusi meja, langsir dan lain-lain perabot rumah. Pendek kata masyarakat kita mahu yang serba baru, walhal barang-barang yang ada itu masih elok dan boleh digunakan lagi.

Justeru itu, berpada-padalah dalam berbelanja. Ingatlah masa depan yang menunggu di hadapan terutama sekali persekolahan anak-anak. Utamakanlah perkembangan pendidikan anak-anak kita. Inilah lebih afdal daripada kita berabis berbelanja tanpa ada kawalan.

Perlu diingat, dalam Islam sendiri menegah kita membazir tetapi sebaliknya menggalakkan umatnya berjimat dalam serba-serbi berbelanja. Membazir itu adalah sifat syaitan. Jadi jauhilah daripada unsur-unsur yang membawa kepada pembaziran. Apa yang digalakkan agama ialah bersederhana dalam berbelanja.

Di bulan Ramadan ini apa yang didapati, orang-orang kita ni membeli apa saja yang dilihat. Semuanya dirembat dan akhirnya membawa pembaziran. Kita sukat-sukatlah dalam memenuhi 'kataisan liur' di bulan Ramadan. Jangan sampai makanan yang dibeli menjadi habuan 'tong sampah'.

Maka untuk itu, beringat-ingatlah dalam berbelanja. Jauhilah perangai syaitan. Jadilah orang-orang yang benar beriman.

Berjimat cermat dalam berbelanja adalah satu amalan yang mulia. Dalam konteks sedemikian, amalan itu bukan saja dipraktikkan dalam bulan puasa tetapi hendaklah dilaratkan dalam bulan-bulan yang lain.

Biarlah bulan puasa itu mendidik kita agar lebih bersederhana dalam berbelanja. Ingatlah masa depan yang menunggu kita di persimpangan yang lebih mencabar dalam kehidupan harian kita. Janganlah terlalu mengikut hawa nafsu tanpa memperkirakan akibat yang akan berlaku di kemudian hari nanti.

:happy:

1 ulasan:

Tirana berkata...

Peringatan yang cukup baik untuk semua.. Berjimat dalam berbelanja...jadikan amalan kita..